sales@ecsecretary.com || 010 - 657 8068

Perkhidmatan Setiausaha Syarikat Kuala Lumpur

 

Firma kesetiausahaan korporat membantu syarikat anda memenuhi semua kepatuhan undang-undang dan tanggungjawab tadbir urus korporat, agar anda dapat mengoptimumkan masa dan sumber sedia ada untuk memberi fokus sepenuhnya terhadap operasi perniagaan anda. Memenuhi kepatuhan undang-undang dan tadbir urus korporat dalam bidang kuasa di mana syarikat anda beroperasi amatlah penting. Namun begitu, memenuhi kepatuhan undang-undang ini adalah kerja yang memakan masa kerana anda perlu memahami selok-belok kerangka undang-undang yang berada dalam bidang kuasa di lokasi syarikat anda beroperasi. Di samping itu, pengendalian hal-hal berkaitan dengan tadbir urus korporat wajib dilaksanakan oleh semua syarikat Sendirian Berhad dan Berhad, di mana perkhidmatan seseorang Setiausaha Syarikat adalah wajib.

Sekiranya anda sedang mencari perkhidmatan Setiausaha Syarikat yang sesuai dan berupaya mengendalikan hal-hal tadbir urus korporat untuk syarikat anda, EC Secretary merupakan pilihan yang ideal. EC Secretary sebuah firma kesetiausahaan korporat yang terdiri daripada pakar-pakar Setiausaha Syarikat Kuala Lumpur yang telah bertahun-tahun beroperasi dan telah membantu ratusan syarikat mengendalikan hal-hal tadbir urus korporat mereka.

Perkhidmatan Setiausaha Syarikat yang Komprehensif

EC Secretary menawarkan pelbagai perkhidmatan kesetiausahaan korporat seperti Pendaftaran Syarikat dan Perniagaan Baru, Pendaftaran MOF, Pengurusan Pembayaran Gaji, Perkhidmatan Perakaunan, Perkhidmatan Pengauditan dan Pencukaian, serta Khidmat Nasihat yang berkaitan. Kami benar-benar memahami cabaran yang perlu anda hadapi semasa mengendalikan hal-hal yang berkaitan dengan kepatuhan undang-undang dan tadbir urus korporat. Oleh itu, kami menawarkan perkhidmatan yang menyeluruh untuk membantu anda menangani semua tugas yang memerlukan perhatian yang teliti bagi memastikan segala aspek tadbir urus korporat, memenuhi piawaian-piawaian yang ditetapkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

Setiausaha syarikat Kuala Lumpur
Setiausaha syarikat di Malaysia

Jimat Kos dan Masa Pengendalian

Mengapa anda memerlukan Setiausaha Syarikat? Kerja-kerja yang berkaitan dengan tadbir urus korporat untuk memenuhi kepatuhan undang-undang sangat memakan masa dan memerlukan ketelitian untuk mengelakkan akibat tindakan undang-undang yang tidak diingini dan penalti. Oleh itu, pemilihan Setiausaha Syarikat yang berkaliber amatlah penting. Di antara begitu banyak setiausaha syarikat di Malaysia, bagaimana anda memilih setiausaha syarikat yang bersesuaian dengan model perniagaan dan struktur syarikat anda? EC Secretary merupakan firma setiausaha syarikat di Malaysia yang telah lama ditubuhkan dan sangat berpengalaman dari segi tadbir urus korporat dan juga bidang yang berkait-rapat dengan pengurusan syarikat dan perniagaan seperti perakaunan, pengauditan, and khidmat nasihant mengenai pencukaian dan perkhidmatan pengurusan pembayaran gaji. Ini membolehkan anda memberi lebih tumpuan terhadap pengurusan operasi perniagaan anda.

Mengapa memilih EC Secretary ?

 

Perkhimatan kami yang menyeluruh ini merangkumi pelbagai aspek tadbir urus korporat seperti penubuhan dan pendaftaran syarikat atau perniagaan baru, penyediaan pejabat berdaftar, penamaan pengarah dan pemegang saham dan sebagainya. EC Secretary juga menawarkan perkhimatan perakaunan, pengauditan, and khidmat nasihant mengenai pencukaian dan perkhidmatan pengurusan pembayaran gaji untuk membantu anda menjimatkan kos perniagaan dan masa pengendalian. Kami memudahkan prosedur pembukaan akaun bank, penyediaan minit mesyuarat dan resolusi yang berkenaan, pembubaran syarikat, pembelian dan pencairan aset syarikat dan sebagainya. Secara ringkasnya, selain mempunyai pakar-pakar bidang yang berkaliber, EC Secretary juga memiliki sistem-sistem yang maju dalam dalam bidang tabir urus korporat, perakauan dan pengurusan pembayaran gaji pekerja, yang berupaya membantu anda menjimatkan kos dan masa pengurusan syarikat. Semua hal tadbir urus korporat, perakaunan dan pengurusan pembayaran gaji para pekerja yang rumit ini akan dikendalikan oleh EC Secretary. oleh itu anda boleh fokus dalam menguruskan operasi perniagaan anda untuk mengoptimumkan sumber perniagaan anda bagi mengoptimumkan sumber-sumber perniagaan anda, seperti tenaga kerja dan sumber kewangan yang akan meningkatkan prestasi syarikat anda.